Thursday, October 16, 2008

Jako tangkan ari Kementerian Kesihatan

Note: Kenyataan Akhbar tu diambi ari laman web Kementerian Kesihatan

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI BISKUT YANG
DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE


Merujuk kepada laporan beberapa akhbar tempatan dan
antarabangsa pada 4 Oktober 2008 di mana Negara Vietnam telah
melaporkan pencemaran melamine pada biskut jenama Khong
Guan dan Khian Guan dari Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) telah menjalankan siasatan ke atas kilang biskut
jenama Khong Guan di Johor dan kilang biskut jenama Khian Guan
di Pulau Pinang serta gudang biskut jenama Khong Guan yang
terletak di Negeri Sembilan.

Pensampelan dan analisis dijalankan
ke atas biskut berkaitan.
Hasil keputusan mendapati 38.3% (18 daripada 47) sampel biskut
yang dianalisa daripada kedua – dua jenama ini melebihi tahap
melamine yang telah ditetapkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm
seperti di Lampiran 1 dan 2. Bagi mengenalpasti punca
pencemaran melamine dalam biskut, pensampelan dan analisis
dilakukan ke atas semua ramuan biskut kedua-dua jenama
tersebut. Hasil analisa menunjukkan hanya agen penaik ammonium
bicarbonate mengandungi paras melamine yang tinggi iaitu 33.4
ppm bagi kilang biskut jenama Khong Guan dan 508 ppm bagi
kilang biskut jenama Khian Guan. Sumber ammonium bicarbonate
bagi kedua-dua kilang biskut tersebut adalah dari Negara China.

Berdasarkan keputusan analisis, KKM telah menjalankan penyitaan
dan pensampelan ke atas agen penaik ammonium bicarbonate dan
semua biskut jenama Khong Guan dan Khian Guan yang
menggunakan agen penaik ini. Pengusaha tersebut diminta untuk
menarikbalik semua produknya dari pasaran. KKM akan memantau
dan memusnahkan mana-mana biskut yang melebihi tahap
melamine yang ditetapkan sekiranya masih berada di pasaran.
Ammonium bicarbonate adalah bahan yang biasanya digunakan
sebagai bahan penaik dalam pembuatan biskut. Walaupun ianya
adalah dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985,
memandangkan ia didapati tercemar dengan melamine, KKM
mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan
pengguna.

Pendekatan yang diambil oleh KKM adalah menangani masalah
tersebut di peringkat punca. Dalam hal ini, usaha sedang diambil
oleh KKM untuk mengenalpasti pengimport, pengedar dan
pembekal ammonium bicarbonate dari Negara China. KKM juga
sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kilang biskut di seluruh
negara dan sekiranya terdapat ammonium bicarbonate dari Negara
China digunakan, ammonium bicarbonate dan biskut akan disita
dan sampel akan diambil bagi tujuan analisis. Sekiranya biskut
melebihi tahap melamine yang ditetapkan, adalah menjadi
tanggungjawab pengusaha untuk menarikbalik semua produknya di
pasaran. Di samping itu, KKM akan terus memantau dan
memusnahkan mana-mana biskut yang melebihi tahap melamine
yang ditetapkan di pasaran.

Buat masa ini, KKM melarang pengimportan ammonium
bicarbonate dari Negara China yang diletakkan di bawah
Pemeriksaan Tahap 6 (Auto-Rejection) manakala yang diimport dari
lain-lain negara diletakkan di bawah Pemeriksaan Tahap 4
(Surveillance Examination) melalui Food Safety Information of
Malaysia (FoSIM). Dalam hal ini, KKM bekerjasama dengan pihak
Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) bagi melaksanakan pemeriksaan
tersebut.

KKM masih mengekalkan larangan mengimport di bawah
Pemeriksaan Tahap 6 (Auto-Rejection) melalui FoSIM bagi konfeksi
yang mengandungi susu termasuk konfeksi tepung seperti biskut;
coklat, coklat susu dan coklat putih; dan makanan lain yang
mengandungi susu yang diimport dari Negara China. Dengan
perkembangan terbaru mengenai penggunaan ammonium
bicarbonate yang mungkin tercemar dengan melamine dalam
biskut, pengimportan biskut yang tidak mengandungi susu dari
Negara China dan semua biskut yang diimport dari negara lain telah
diletakkan di bawah Pemeriksaan Tahap 4.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog